POLEMIK
PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)
Forum
tentang polemik ptptn ini diadakan pada 18 disember 2018 (8-11 malam) di Aras
6, Bangunan Pusanika UKM. Forum ini adalah anjuran Siswa Merdeka. Antara penal
jemputan pada malam itu ialah Dato’Lokman Adam (Ahli Majlis Tertinggi UMNO),
Encik Mohd Naguid Shaari (Penganalisis Ekonomi), Saudara Alwi Shakir (Ketua
penerangan Mahasiswa Keadilan Malaysia), Saudara Ikhwan Nasyriq (Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia,GAMIS) dan Saudara Hamzah ( Wakil Persatuan
Mahasiswa UKM). Forum ini dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Vartisi
Kita. Dan diteruskan dengan bacaan doa dari pelajar ukm.
Dalam
forum ini, ahli-ahli penal membincangkan apakah isu-isu yang menyebabkan ptptn
menjadi buah mulut masyarakat sekarang. Forum yang dimulakan dengan Dato’Lokman
Adam iaitu seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata bahawa sebelum ini ptptn
diwujudkan adalah kerana untuk membantu golongan yang tidak berpeluang untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat university. Namun semasa ptptn baru
ditubuhkan,jumlah pelajar adalah sedikit. Jumlah university pun sedikit jadi
membolehkan kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang betul-betul
memerlukannya. Sejak ptptn ditubuhkan, isu ini tidaklah menjadi terlalu besar
namun setelah kerajan PH memerintah Malaysia, ianya menjadi semakin besar
kerana sebelum menang telah berjanji untuk menghapuskan ptptn, setelah menang
mereka menjanjikan perkara yang berbeza iaitu pelajar yang gaji rendah daripada
rm4000 sebulan tidak perlu bayar. Hal ini berbeza sekali dengan cara
pemerintahan BN dimana kerajaan BN mewajibkan semua peminjam ptptn perlu
membayar selaras yang diajar dalam Islam. Namun, kerajaan BN memberi kemudahan
kepada pelajar yang berjaya mendapatkan pointer yang tinggi untuk mendapat
bonus dan potongan bayaran.
Encik
Mohd Naguid Shaari iaitu seorng penganalisis ekonomi pula berpendapat ptptn
adalah satu jenis pinjaman yang sangat membantu dan memberi perluang yang besar
kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Kalua dahulu, pelajar yang ingin
melanjutkan pelajarn terpaksa untuk memajak tanah, menjual harta benda untuk
mendapatkan dana pembelajaran. Tapi sejak ptptn ditubuhkan, mereka tidak perlu
lagi mengorbankan harta benda keluarga bagi meneruskan pelajaran ke Menara
gading. Pinjaman ptptn juga dikatakanbagus kerana, tidak mempunyai kadar bunga
yang tinggi dan senang untuk mendapat kelulusan. Bukan seperti pinjaman di bank
yang mempunyai kadar bunga yang sangat tinggi dan sangat sukar untuk mendapat
kelulusan. Ptptn ini mampu mengeluarkan pelajar yang berada di kelompok
kemiskinan dan mempu menjadi insan yang Berjaya. Namun,semakin lama aspek ini
telah disalahgunakan. Peminjam ptptn tidak memahami apa tujuan ptptn
disediakan. Kebanyakan peminjam terasa terbeban untuk membayar duit yang telah
dipinjam kerana kepuasan untuk kemewahan tidak dipenuhi. Sebagai contoh,
peminjam ini membeli barang yang mewah tetapi apabila kehendak itu tidak
didapat dipenuhi keran mempunyai tangungan bayaran terhadap ptptn, mereka menyalahkan
ptptn dan mengemukan untuk ptptn untuk dihapuskan. Hal ini dibesarkan lagi
apabila ada campur tangan dari masyarakat yang tidak ada kena mengena dalam isu
ini sedangkan sebenarnya, peminjam ptptn itu sendiri perlu sedar dan hutang
ptptn sebenarnya memang boleh dijelaskan.
Forum
ini diteruskan lagi oleh saudara Alwi Shakir iaitu Ketua penerangan Mahasiswa
Keadilan Malaysia dimana beliau bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dato’
Lokman. Beliau tidak setuju dengan kerajaan PH kerana berjanji untuk
menghapuskan ptptn sedangkan hutang ptptn yang belum dijelaskan lagi adalah
sangat tinggi. Beliau juga berkata bahawa hutang negara yang dikata sangat
tinggi sehingga mencecah RM 1 trilion adalah menipu. Beliau juga berkata bahawa
hutang yang ditanggung oleh negara adalah mengikut situasi ekonomi. Jika
kerajaan PH berkata hutang negara tinggi dan perlu dibayar sehingga menubuhkan
tabung harapan, jadi tidak logik la untuk kerajaan menghapuskan ptptn begitu
sahaja. Kerajaan boleh mencari alternative lain untuk mencari seperti meminta
peminjam yang sudah berkemampuan untuk membayar terlebih dahulu dan memberi
kelonggaran kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Sebagai
Mahasiswa, harapan saya terhadap perlaksanaan ptptn adalah perlu diteruskan.
Hal in kerana, yuran di university adalah sangat tinggi dan masih ramai
mahasiswa yang tidak mampu untuk membayar sepenuhnya bayaran ini. Dengan adanya
kemuhan ptptn, kami dapat menyelaikan yuran universiti dan lebihan pinjaman
adalah digunakan untuk belanja harian. Pada pendapat saya, saya bersetuju
dengan kerjaan lama dimana mereka memberi kemudahan potongan terhadap pinjaman
mengikut pencapaian pelajar. Hal ini akan memberikan yang positif terhadap
pelajar kerana mereka akan terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh bagi
mendapatkan result yang terbaik.














