Saturday, December 22, 2018

ART ASEAN

FESTIVAL ART ASEAN 6TH

        Pada 1 disember yang lalu, pusat kebudayaan ukm telah menganjurkan satu program berperingkat antarabangsa iaitu UKM ASEAN Art Festival. Art Festival ini diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). UKM ASEAN Art Festival bertujuan memperkenalkan budaya negara ASEAN kepada masyarakat dalam dan luar kampus di samping menjalin hubungan dua hala dengan negara-negara ASEAN. Oleh itu, Festival ini melibatkan beberapa buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand , Vietnam, Kemboja , Brunei, Filipina, Indonesia, Myanmar dan negara jemputan khas iaitu Korea selatan. Negara yang hadir ke festival ini akan mempersembahkan tarian mengikut kebudayaan negara masing-masing.

Terdapat beberapa objektif dalam program ASEAN Art Festival ini, antaranya :
1.      Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara Malaysia dengan negara-negara lain.
2.      Dapat memperkenalkan kebudayaan dari negara-negara masing-masing dan mempelajari kebudayaan negara lain,
3.      Memupuk semangat untuk mengekalkan kebudayaan negara dalam diri setiap peserta.

        Majlis ASEAN Art Festival ini bermula setelah perarakan masuk tetamu kehormat yang terdiri daripada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor. Setelah itu majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti kita. Kemudian majlis dimeriahkan dengan persembahan dikir barat dan tarian istimewa dari Artis Sukma UKM. Malam 1 disember 2018 ini diacarakan oleh Hafiz dan Syamimi. Gabungan kedua pengacara ini menambahkan kemeriahan majlis ASEAN Art Festival ini. Sebelum majlis diteruskan, mereka telah memperkenalkan wakil-wakil dari setiap negara yang menyertai festival ini ke atas pentas untuk menerima cenderamata dari Naib Canselor UKM. Setiap wakil-wakil negara ini juga melakukan sedikit tarian tradisional masing-masing. Pelbagai bentuk dan jenis tarian uang telah dirunjukan oleh mereka. Setelah semua wakil negara menerima cenderamata, majlis diteruskan dengan tariandari negara yang pertama iaitu Thailand dan diikuti oleh negara-negara lain.

Antara kebaikan menganjurankan Asean Art Festival ini adalah :
1.      Pelajar ukm dapat belajar seni tarian dan tradisional dari negara-negara lain.
2.   Dapat memupuk semangat cintakan budaya dan sekaligus dapat memelihara seni tarian negara masing-masing.
3. Dapat mengenal seni tarian dan kebudayaan negara-negara asean yang lain

Bagi menambahbaikan program yang dijalankan, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya :
1.       Membaikpulih bahagian pencahayaan di atas pentas kerana sestengah penari berada di bahagian          gelap.
2.       Menambahkan aktiviti yang lebih merapatkan hubungan dengan negara lain seperti aktiviti tanya dan  jawap di dalam Festival itu.
3.       Menjemput lebih banyak negara bagi memeriahkan Asean Art Festival.

Kesimpulannya, saya rasa berbangga keran dapat menyertai festival kali keenam ini kerana begitu banyak tarian yang saya baru kenali. Pihak ukm seharusnya meneruskan lagi program seperti ini kerana terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang dapat dipelajari. 



No comments:

Post a Comment

Forum : POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)

POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI) Forum tentang polemik ptptn ini diadakan pada 18 disember 2018 (8-11 malam) di ...