Sunday, December 23, 2018

Forum :Masa Depan Kesatuan Pelajar

kesatuan pelajar (student’s union)




             Berdasarkan forum saya hadir pada 18 november yang lalu, apa yang saya faham tentang kesatuan pelajar ini ialah pengembalian hak kebebasan bersuara dan kebebasan pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik. Jadi melalui pernubuhan kesatuan pelajar ini mampu melahirkan graduan yang dewasa, matang, berdikari, dan yang paling penting, bersedia untuk mengemudi perubahan.

Kesatuan pelajar ini juga menggalakkan golongan mahasiswa ini boleh berdikari dan tidak begitu mengharapkan bantuan serta sokongan universiti untuk merealisasikan sesuatu agenda. Sebagai contoh, jika mahasiswa mahu membuat satu program besar yang melibatkan masyarakat tempatan atau kerajaan negeri, mereka boleh mengusahakannya sendiri. Mereka telah diberikan satu autonomi menguruskan semua itu, tetapi masih berdasarkan kepada peraturan-peraturan universiti yang ada.

Dengan adanya kebebasan untuk melakukan pelbagai jenis program, ia dapat melatih mahasiswa dalam bersikap matang dang profesional untuk menjayakan sesebuah program. Hal ini juga dalam membuang perspektif masyarakat bahawa universiti adalah kilang.


            Pada pendapat saya, kelebihan penubuhan kesatuan pelajar salah satunya ialah dapat melatih mahasiswa untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang matang dan profesional. Mahasiswa juga dapat melatih untuk mengawal emosi ketika menghadapi sesuatu dugaan dan masalah.

Selain itu, kesatuan pelajar juga dapat mengajar mahasiswa untuk berdikari dalam menyempurnakan sesuatu program.  Bagi menjayakan sesebuah program yang dirancang, mereka perlu berbincang dan bertolak ansur antara satu sama lain. Hal ini sekaligus akan meningkatkan kemahiran komunikasi ketika berinteraksi.

Namun, terdapat juga kelemahan dalam penubuhan kesatuan pelajar ini seperti mahasiswa tidak mampu membahagikan masa belajar dangan masa bepersatuan dengan baik. Jika mahasiswa terlampau fokuskan pada program yang akan dijalankan, pelajaran mereka akan tercundang dan begitu jaga disebaliknya. Hal ini akan menyebabkan misi penubuhan kesatuan pelajar gagal.


ringkasan pandangan setiap panel bagi forum ini.

Panel 1    : Xifu Abdul Naser A. Rahman
Rumusan : “ Penubuhan kesatuan pelajar ini penting bagi memberikan  kebebasan bersuara kepada mahasiswa dalam mengemukakan pendapat mereka. Oleh itu dalam penubuhan kesatuan pelajar ini, mahasiswa mempunyai kuasa untuk bersuara. Tanpa kuasa, mereka tidak dapat buat apa-apa.”

Panel 2    : En. Muhammad Farhan Bin Khairuddin
Rumusan : “ Dalam kesatuan pelajar ini, mahasiswa perlu mempunyai corak dan gaya tersendiri. Mereka perlu mempunyai gaya seorang pepimpin. Saya tidak setuju untuk memasukan ahli politik ke dalam kesatuan pelajar kerana mahasiswa akan terpengaruh dan pemikiran mereka tidak akan berkembang. Mahasiswa perlu membiasakan diri dengan persekitaran berdikari untuk mengubah sistem atau situasi di luar.”

Panel 3    : Faris bin Osman
 Rumusan : “ Apa yang penting dalam menjayakan kesatuan pelajar ini adalah bergantung kepada pelajar itu sendiri. Mereka perlu belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari. Jadi di sini saya tegaskan adalah ilmu. Tanpa ilmu, mahasiswa tidak akan mampu mengubah situasi di luar sana.”

No comments:

Post a Comment

Forum : POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)

POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI) Forum tentang polemik ptptn ini diadakan pada 18 disember 2018 (8-11 malam) di ...