Sunday, December 23, 2018

Forum : POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)


POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)






Forum tentang polemik ptptn ini diadakan pada 18 disember 2018 (8-11 malam) di Aras 6, Bangunan Pusanika UKM. Forum ini adalah anjuran Siswa Merdeka. Antara penal jemputan pada malam itu ialah Dato’Lokman Adam (Ahli Majlis Tertinggi UMNO), Encik Mohd Naguid Shaari (Penganalisis Ekonomi), Saudara Alwi Shakir (Ketua penerangan Mahasiswa Keadilan Malaysia), Saudara Ikhwan Nasyriq (Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia,GAMIS) dan Saudara Hamzah ( Wakil Persatuan Mahasiswa UKM). Forum ini dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Vartisi Kita. Dan diteruskan dengan bacaan doa dari pelajar ukm.

Dalam forum ini, ahli-ahli penal membincangkan apakah isu-isu yang menyebabkan ptptn menjadi buah mulut masyarakat sekarang. Forum yang dimulakan dengan Dato’Lokman Adam iaitu seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata bahawa sebelum ini ptptn diwujudkan adalah kerana untuk membantu golongan yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat university. Namun semasa ptptn baru ditubuhkan,jumlah pelajar adalah sedikit. Jumlah university pun sedikit jadi membolehkan kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang betul-betul memerlukannya. Sejak ptptn ditubuhkan, isu ini tidaklah menjadi terlalu besar namun setelah kerajan PH memerintah Malaysia, ianya menjadi semakin besar kerana sebelum menang telah berjanji untuk menghapuskan ptptn, setelah menang mereka menjanjikan perkara yang berbeza iaitu pelajar yang gaji rendah daripada rm4000 sebulan tidak perlu bayar. Hal ini berbeza sekali dengan cara pemerintahan BN dimana kerajaan BN mewajibkan semua peminjam ptptn perlu membayar selaras yang diajar dalam Islam. Namun, kerajaan BN memberi kemudahan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan pointer yang tinggi untuk mendapat bonus dan potongan bayaran.

Encik Mohd Naguid Shaari iaitu seorng penganalisis ekonomi pula berpendapat ptptn adalah satu jenis pinjaman yang sangat membantu dan memberi perluang yang besar kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Kalua dahulu, pelajar yang ingin melanjutkan pelajarn terpaksa untuk memajak tanah, menjual harta benda untuk mendapatkan dana pembelajaran. Tapi sejak ptptn ditubuhkan, mereka tidak perlu lagi mengorbankan harta benda keluarga bagi meneruskan pelajaran ke Menara gading. Pinjaman ptptn juga dikatakanbagus kerana, tidak mempunyai kadar bunga yang tinggi dan senang untuk mendapat kelulusan. Bukan seperti pinjaman di bank yang mempunyai kadar bunga yang sangat tinggi dan sangat sukar untuk mendapat kelulusan. Ptptn ini mampu mengeluarkan pelajar yang berada di kelompok kemiskinan dan mempu menjadi insan yang Berjaya. Namun,semakin lama aspek ini telah disalahgunakan. Peminjam ptptn tidak memahami apa tujuan ptptn disediakan. Kebanyakan peminjam terasa terbeban untuk membayar duit yang telah dipinjam kerana kepuasan untuk kemewahan tidak dipenuhi. Sebagai contoh, peminjam ini membeli barang yang mewah tetapi apabila kehendak itu tidak didapat dipenuhi keran mempunyai tangungan bayaran terhadap ptptn, mereka menyalahkan ptptn dan mengemukan untuk ptptn untuk dihapuskan. Hal ini dibesarkan lagi apabila ada campur tangan dari masyarakat yang tidak ada kena mengena dalam isu ini sedangkan sebenarnya, peminjam ptptn itu sendiri perlu sedar dan hutang ptptn sebenarnya memang boleh dijelaskan.

Forum ini diteruskan lagi oleh saudara Alwi Shakir iaitu Ketua penerangan Mahasiswa Keadilan Malaysia dimana beliau bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dato’ Lokman. Beliau tidak setuju dengan kerajaan PH kerana berjanji untuk menghapuskan ptptn sedangkan hutang ptptn yang belum dijelaskan lagi adalah sangat tinggi. Beliau juga berkata bahawa hutang negara yang dikata sangat tinggi sehingga mencecah RM 1 trilion adalah menipu. Beliau juga berkata bahawa hutang yang ditanggung oleh negara adalah mengikut situasi ekonomi. Jika kerajaan PH berkata hutang negara tinggi dan perlu dibayar sehingga menubuhkan tabung harapan, jadi tidak logik la untuk kerajaan menghapuskan ptptn begitu sahaja. Kerajaan boleh mencari alternative lain untuk mencari seperti meminta peminjam yang sudah berkemampuan untuk membayar terlebih dahulu dan memberi kelonggaran kepada mereka yang kurang berkemampuan.


Sebagai Mahasiswa, harapan saya terhadap perlaksanaan ptptn adalah perlu diteruskan. Hal in kerana, yuran di university adalah sangat tinggi dan masih ramai mahasiswa yang tidak mampu untuk membayar sepenuhnya bayaran ini. Dengan adanya kemuhan ptptn, kami dapat menyelaikan yuran universiti dan lebihan pinjaman adalah digunakan untuk belanja harian. Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan kerjaan lama dimana mereka memberi kemudahan potongan terhadap pinjaman mengikut pencapaian pelajar. Hal ini akan memberikan yang positif terhadap pelajar kerana mereka akan terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan result yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Forum : POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)

POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI) Forum tentang polemik ptptn ini diadakan pada 18 disember 2018 (8-11 malam) di ...