Anggun Srikandi
1.0 PENDAHULUAN
Pada 1 disember yang lalu, pusat
kebudayaan ukm telah menganjurkan satu program berperingkat antarabangsa iaitu
UKM ASEAN Art Festival. Art Festival ini diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (DECTAR). UKM ASEAN Art Festival bertujuan memperkenalkan budaya negara
ASEAN kepada masyarakat dalam dan luar kampus di samping menjalin hubungan dua
hala dengan negara-negara ASEAN. Oleh itu, Festival ini melibatkan beberapa
buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand , Vietnam, Kemboja , Brunei,
Filipina, Indonesia, Myanmar dan negara jemputan khas iaitu Korea selatan.
Negara yang hadir ke festival ini akan mempersembahkan tarian mengikut kebudayaan
negara masing-masing.
2.0
OBJEKTIF
Terdapat
beberapa objektif dalam program ASEAN Art Festival ini, antaranya :
1.
Dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara Malaysia dengan negara-negara
lain.
2.
Dapat
memperkenalkan kebudayaan dari negara-negara masing-masing dan mempelajari
kebudayaan negara lain,
3.
Memupuk
semangat untuk mengekalkan kebudayaan negara dalam diri setiap peserta.
3.0 PENGISIAN ACARA
Majlis ASEAN Art Festival ini bermula
setelah perarakan masuk tetamu kehormat yang terdiri daripada Naib Canselor dan
Timbalan Naib Canselor. Setelah itu majlis diteruskan dengan nyanyian lagu
Negaraku dan Varsiti kita. Kemudian majlis dimeriahkan dengan persembahan dikir
barat dan tarian istimewa dari Artis Sukma UKM.
Malam
1 disember 2018 ini diacarakan oleh Hafiz dan Syamimi. Gabungan kedua pengacara
ini menambahkan kemeriahan majlis ASEAN Art Festival ini. Sebelum majlis
diteruskan, mereka telah memperkenalkan wakil-wakil dari setiap negara yang
menyertai festival ini ke atas pentas untuk menerima cenderamata dari Naib
Canselor UKM. Setiap wakil-wakil negara ini juga melakukan sedikit tarian
tradisional masing-masing. Pelbagai bentuk dan jenis tarian uang telah
dirunjukan oleh mereka.
Setelah
semua wakil negara menerima cenderamata, majlis diteruskan dengan tariandari
negara yang pertama iaitu Thailand dan diikuti oleh negara-negara lain.
4.0 KEBAIKAN
PENGANJURAN FESTIVAL
Antara
kebaikan menganjurankan Asean Art Festival ini adalah :
1.
Pelajar ukm
dapat belajar seni tarian dan tradisional dari negara-negara lain.
2.
Dapat memupuk
semangat cintakan budaya dan sekaligus dapat memelihara seni tarian negara
masing-masing.
3.
Dapat
mengenal seni tarian dan kebudayaan negara-negara asean yang lain.
5.0 CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Bagi menambahbaikan program yang
dijalankan, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya :
1. Membaikpulih
bahagian pencahayaan di atas pentas kerana sestengah penari berada di bahagian
gelap.
2. Menambahkan
aktiviti yang lebih merapatkan hubungan dengan negara lain seperti aktiviti
tanya dan jawap di dalam Festival itu.
3. Menjemput lebih
banyak negara bagi memeriahkan Asean Art Festival.
Kesimpulannya, saya rasa berbanggan
keran dapat menyertai festival kali keenam ini kerana begitu banyak tarian yang
saya baru kenali. Pihak ukm seharusnya meneruskan lagi program seperti ini
kerana terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang dapat dipelajari.

No comments:
Post a Comment