Saturday, December 22, 2018

HARI KEUSAHAWANAN

HARI KEUSAHAWANAN KAB


Tempat : Taman Siswa Siswi kolej Aminuddin Baki (TSS)
Tarikh : 12 hingga 15 November 2018
     
      Program minggu keusahawan ini adalah satu program dimana setiap biro dalam kolej Aminuddin Baki perlu sertai. Program ini adalah program anjuran biro keusahawanan, pelbagai mini game turut disediakan semasa jualan bermula. Antara gamenya ialah ‘funfair’, catur bestari, ‘who want to shine?’ dan banyak lagi. Program bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar baru kolej Aminuddin Baki untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Sebelum program berlangsung, kami, ahli-ahli maljis tertinggi biro hal ehwal luar alumni dan antarabangsa yang dipimpin oleh pengerusi hela iaitu Nur Nasihah binti Zulkifli telah bertungkus lumus untuk menyiapkan segala persiapan bagi minggu keusahawanan itu. Kami juga dibantu oleh senior-senior yang berpengalaman dalam pengurusankan program keusahawanan ini. Matlamat biro hela dalam program ini adalah untuk mendapatkan keuntungan dan mencari pengalaman pada masa yang sama kami ingin merapatkan hubungan antara junior hela dan senior hela.
Bagi memastikan semua berjalan dengan lancar,  kami perlu memilih menu untuk dijual, menetapkan modal yang diperlukan, mencari suppliers, hiasan khemah dan membuat jadual bertugas. Setelah mendapat persetujuan ramai, kami telah sepakat untuk menjual :
MENU
RM
Potato Spring
2.50
Thai Drinks
*      Chocolate
*      Susu chip
*      Green tea
*      Strawberry
*      Bluemint
*      Bubble gum



3.00
Set Combo
*      1 potato spring
*      1 thai drinks

5.00
Program minggu keusahawanan ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya :
1.       Membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif berteraskan keusahawanan di kalangan pelajar Kolej Aminuddin Baki.
2.       Mmningkatkan kemahiran diri pelajar dalam menghadapi cabaran dan halangan perniagaan.
3.       Memperkukuhkan kemahiran komunikasi dengan pelanggan bagi mengendalikan  perniagaan.

Namun begitu, program ini juga mempunyai keburukan seperti :
1.      Minggu keusahawanan ini diadakan pada musim terkujung. Oleh itu, pelanggan tidak dapat membeli kerana hujan. Sesetengah gerai juga sukar menjalankan perniagaan mereka.
2.      Minggu keusahawanan ini hanya diketauhi oleh warga kolej Aminuddin baki, kolej-kolej lain tidak mendapat pendedahan tentang minggu keusahawanan ini diadakan.
3.      Pengurusan ajk yang terlibat dalam mini game tidak terurus kerana game berjalan tidak mengikut masa yang telah ditetapkan dan penjelasan tentang program tidak jelas.


Penambahbaikkan tentang program ini adalah seperti berikut :
1.      Menyebarkan tentang minggu keusahawanan ini dengan lebih luas agar lebih ramai pelanggan yang datang dan menyertai mini game yang disediakan.
2.      Ajk yang menguruskan mini perlu menyusun waktu dan game dengan ledih tesusun.
Gambar minggu keusahawanan :
  
    

No comments:

Post a Comment

Forum : POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)

POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI) Forum tentang polemik ptptn ini diadakan pada 18 disember 2018 (8-11 malam) di ...