EconHunt Makroekonomi
Program EconHunt adalah program wajib bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran makroekonomi pada sem 1. Saya dan 19 orang rakan yang telah terpilih untuk menjadi ajk dalam program ini. Kami diminta untuk menyusun dan merancang segala aktiviti yang akan dibuat semasa econhunt ini nanti.
Kami telah dibahagikan tugas mengikut kemampuan dan kehendak masing-masing. Saya, fatin dan amira adalah ajk dalam post publisiti dan application. Tugas kami adalah untuk mengawal segala apps yang terlibat semasa aktiviti econhunt seperti, facebook, email, hp reveal dan google docs. Kami jugak ditugaskan untuk membuat blog mengenai aktiviti yang kami jalankan.
Semasa program berlangsung, ajk-ajk lain perlu mengawal setiap checkpoint. Hanya kami bertiga sahaja yang tinggal di checkpoint last iaitu dataran fep. Di situ kami perlu memastikan setiap apps berada dalam keadaan baik. Setelah 2 jam , pelajar yang telah selesai dengan check point di luar fep mula menyerbu check point last.
Oleh kerana terlampau ramai, telah berlaku satu perkara yang tidak diingini iaitu google docs untuk menjawab soalan telah terpadam. Saya pada masa itu begitu cemas dan terkaku kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, Puan Norain iaitu penasihat kepada program ini meminta saya untuk bertenang danmembuat ke kali lagi google docs yang lain. Dalam masa 30 minit, saya telah berjaya menyiapkan satu lagi google docs dan meminta semua pelajar mengisi jawapan mereka disitu.
Alhamdullilah, walaupun macam-macam perkara yang berlaku, kami tetap berjaya mengawal keadaan dan menyempurnakan program ini. Terima Kasih kepada rakan-rakan saya yang sentiasa menolong.


No comments:
Post a Comment