FESTIVAL TEATER UKM
Fester ukm adalah salah satu festival teater dimana berlangsungnya pertandingan lakonan teater diantara kolej-kolej kediaman di ukm. Festival teater belangsung selama seminggu iaitu pada 8 hingga 15 disember 2018. Ia dianjurkan oleh kelab teater rimbau ukm.
Dalam pertandingan fester ini, saya telah mewakili kelab seni teater kolej Aminuddin Baki iaitu STAB. Kami STAB telah memilih cerpen 'CEMAR' untuk dipersembahan pada malam itu.
CEMAR adalah sebuah cerpen yang penuh dengan konflik. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Azman. Azman adalah seorang nelayan dan juga merupakan pelatih silat dalam kampungnya. Beliau tinggal bersama ibu, kakak dan adik perempuan bongsunya.
Azman sangat dikenali oleh orang kampung, beliau rapat dengan keluarga Pak Hitam. Pak Hitam dan Mak Jah mempunyai seorang anak gadis bernama lela. Lela dan Azman sudah lama berkawan sejak kecil lagi.
Kisah bermula pada suatu petang dimana Azman sedang berehat di rumahnya. Tiba-tiba Pak Hitam bersama Zaki dan beberapa orang kampung datang menyerbu rumahnya.
Azman yang bersa hairan keluar untuk bertanya. Rupanya, rumah ketua kampung telah dirompak dan zaki telah mensyaki Azman lah perompaknya. Orang kampung telah menangkap dan melaporkan pada pihak polis. Azman telah dipenjarakan kerana terdapat bukti barang yang hilang di dalam rumahnya.
Sepanjang Azman dipenjarakan, ibu beliau telah menghembus nafas terakhir akibat serangan jantung. Kakaknya, Jamilah terpaksa menerima segala makian yang dilemparkan oleh orang kampung terhadap keluarganya. Adiknya pula iaitu Wani turut disisihkan oleh orang kampung dan kawan sekolahnya.
Setelah beberapa tahun dipenjarakan, Azman akhirnya pulang kembali ke rumahnya. Kakaknya, Jamilah begitu gembira melihat kepulangan adik lelaki tunggalnya itu. Namun, tidak kepada wani, adiknya itu tidak senang dengan kepulangan abang kandungnya.
Azman meneruskan hidupnya seperti biasa di kampung itu walaupun pelabagai makian yang diterima. Beliau tetap membantu kakaknya di kebun, mengajar budak-budak silat dan selalu ke masjid untuk mendengar ceramah.
Di akhir kisahnya, Azman meninggal dunia akibat diracun oleh adiknya sendiri iaitu Wani. Wani membunuh abangnya kerana berdendam. Ibunya mati kerana Azman. Kakaknya dimaki kerana Azman. Dia disisihkan kerana abangnya.
Jadi itulah kisah CEMAR. Kisah dan lakonan yang dibawakan oleh STAB telah menjayakan kami (saya sebagai pesilat) untuk mendapat anugerah khas juri.

No comments:
Post a Comment