Saturday, December 22, 2018

Debat

DEBAT FC NAIB CANSELOR


Debat FC Naib Canselor ini diadakan pada bulan oktober 2018. 

Debat fc ini adalah satu pertandingan debat antara kolej-kolej kediaman di ukm. Setiap kolej perlu menghantar 4 kumpulan untuk menyertai pertandingan ini. Saya merupakan salah satu peserta dan berada didalam kumpulan 3.

Saya merupakan research team bagi kumpulan ini. Setiap malam kami akan membahas beberapa isu sebagai persiapan untuk pertandingan. Kami juga diajar cara untuk membahas dan membangkang. Sepanjang latihan dilakukan banyak yang saya pelajari, pelbagai topik yang kami huraikan, pelbagai perkataan baru yang saya gunakan dan juga ramai kenalan baru yang saya buat sepanjang latihan debat ini.

Selain berlatih dengan ahli kumpulan sendiri, kami wakil kolej Aminuddin Baki turut mengadakan pertandingan friendly dengan kolej pendeta za'ba, kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Rahim Kajai. Dengan adanya pertandingan friendly seperti ini, kami akan lebih bersedia untuk berdebat pada hari yang sebenar. Melalui ini juga kami dapat mengenalpasti kekuatan dan kekurangan diri sendiri. Setiap malam kami akan cuba mengurangkan dan membaiki kelemahan itu supaya dapat buat yang terbaik pada hari kejadian.

Seminggu sebelum Debat Fc ini berlangsung, kami telah mendapat senarai topik-topik yang akan didebatkan. Jadi, kami telah mengagihkan tugas untuk mencari maklumat, fakta dan isu-isu yang berkaitan dengan topik yang disediakan.

Setelah segala maklumat yang diperlukan telah dikumpukan. Kami teruskan dengan latihan. Setiap malam dan setiap weekend kami bertapa di bilik sumber kab bagi menyiapkan diri untuk ke pertandingan yang sebenar. Walaupun hanya pertandingan antara kolej, namun ia sangat bermakna bagi kami sebagai pelajar first year kerana debat fc ini antara penyertaan kami yang terawal setelah bergelar pelajar universiti.



No comments:

Post a Comment

Forum : POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI)

POLEMIK PTPTN (ANTARA REALITI DAN PERSEPSI) Forum tentang polemik ptptn ini diadakan pada 18 disember 2018 (8-11 malam) di ...